Tentang Kempen
Di luar sana, ada anak-anak yang mungkin
menyambut raya tanpa baju baru. Ada ibu bapa
yang menahan sebak kerana tidak mampu
menyediakan persiapan raya seperti keluarga
lain.
Bukan mereka tidak mahu… tetapi kemampuan mereka
terbatas.
Sebab itu, pada tahun ini kami melancarkan Kempen
Tajaan Baju Raya & Kuih Raya untuk anak anak Asnaf.
Hasrat kami mudah, agar setiap anak juga dapat merasa
kegembiraan yang sama. Agar pagi Syawal mereka dihiasi
dengan senyuman, bukan kesedihan.